Sabtu, 23 Mei 2015


BENCILAH KAMI ANDAI ITU MAMPU MENJADIKAN MU INSAN BERGUNA


bencilah kami andai itu mampu menjadikan mu insan berguna”…Yup mungkin sahaja inilah kata-kata azimat ketabahan dan kecekalan yang selalu ditanam oleh stiap ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka agar menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.Rela dibenci demi kejayaan seorang anak.Rela dibenci demi kepentingan ummah.

Dulu di waktu umurku masih lagi keanak-anakkan aku sering tertanya-tanya kenapa umi dan abah ku seorang yang sangat tegas dalam mendidik kami adik beradik.Namun,semakin ku cuba mencari jawapan semakin aku membenci ketegasan itu.

Aku sering tertanya-tanya kenapa di setiap deman dan sakit kami adik-beradik,kami  dilatih agar melawan penyakit itu tanpa ada tangisan dan rengekkan  meminta belaian manja. Pernah juga aku terfikir kadang-kadang umi dan abah tidak pernah menyayangi kami.Kami dilatih agar menyelesaikan tugas sebagai kakak dan abang sebelum melunaskan tugas sebagai seorang pelajar.Masih lagi terngiang-ngiang di memori ingatanku saat aku dimarahi kerana aku mengabaikan adik-adikku hanya untuk menyelesaikan kerja sekolah.

Kami juga diajar untuk berdikari dalam mengurus urusan peribadi tanpa meminta pertolongan dari orang luar.Walaupun ada masa kami ibarat rusa masuk kampong.Keblurrrlan dalam menyelesaikan masalah seorang diri.. mmm,satu lagi perkara yang paling aku x puas hati time kecil dulu adalah bila sorang je antara kami adik beradik yang buat salah sume akan terima balasan.Bagi aku it’s not fair!!(tapi benda ni time childhood je la aku rase). ..dan banyak sangat lagi perkara yang aku tak faham dengan didikan umi dan abah satu ketika dulu….

Dan hari ini,setelah usiaku menjejak 21 tahun barulah aku mengerti apa yang cuba disampaikan umi dan abah.Umi abah sejujurnya aku sangat merindui kalian :’( .

Setelah hampir setahun aku menuntut ilmu di bumi metropolitan barulah aku menyedari tanpa didikan tegas dari kecil aku tidak yakin mampu  kuatkan kaki ku untuk terus  memijak bumi  yang penuh onak duri ini.Baru kini ku sedari kami tidak dibelai dengan belaian manja di watu kecik kami agar kami mampu untuk terus bangkit dan bangun sendiri setiap kali jatuh tersungkur dalam pengembaraan mencari erti hidup yang sebenar.Berdikari untuk terus meneroka pengalaman hidup walaupun tiada insan lain menemani.Dan baru kini ku sedari apa yang aku rasekan not fair telah ku temui keadilannya pada hari ini.Iaitu baru ku sedari kalian mendidiku agar tidak menunding jari pada siapa yang salah setiap kali berlaku kesilapan tetapi muhasabah diri dan bersama-sama memperbaiki kesalahan itu agar dengan renovate itu kita mampu melahirkan  ummah yang cemerlang.



Sebelum jariku menghabiskan langkah taipnya untuk tintaku kali ini,ketahuilah wahai anak-anak sesungguhnya orang tua kitalah orang paling berjasa dalam hidup kita.Dan tidak dinafikan lagi kejayaan kita pada hari ini adalah hasil dari doa dan ketabahan serta kecekalan hati mereka yang bergelar umi,abah,mak,ayah,mama,papa,mummy,daddy,bapa,ibu,walid dan mek.Semoga Allah merahmati insan yang bergelar ayah dan ibu di dunia dan akhirat.Insyaallah


~perindu syahidMu~








Tiada ulasan: