Sabtu, 23 Mei 2015


BENCILAH KAMI ANDAI ITU MAMPU MENJADIKAN MU INSAN BERGUNA


bencilah kami andai itu mampu menjadikan mu insan berguna”…Yup mungkin sahaja inilah kata-kata azimat ketabahan dan kecekalan yang selalu ditanam oleh stiap ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka agar menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.Rela dibenci demi kejayaan seorang anak.Rela dibenci demi kepentingan ummah.

Dulu di waktu umurku masih lagi keanak-anakkan aku sering tertanya-tanya kenapa umi dan abah ku seorang yang sangat tegas dalam mendidik kami adik beradik.Namun,semakin ku cuba mencari jawapan semakin aku membenci ketegasan itu.

Aku sering tertanya-tanya kenapa di setiap deman dan sakit kami adik-beradik,kami  dilatih agar melawan penyakit itu tanpa ada tangisan dan rengekkan  meminta belaian manja. Pernah juga aku terfikir kadang-kadang umi dan abah tidak pernah menyayangi kami.Kami dilatih agar menyelesaikan tugas sebagai kakak dan abang sebelum melunaskan tugas sebagai seorang pelajar.Masih lagi terngiang-ngiang di memori ingatanku saat aku dimarahi kerana aku mengabaikan adik-adikku hanya untuk menyelesaikan kerja sekolah.

Kami juga diajar untuk berdikari dalam mengurus urusan peribadi tanpa meminta pertolongan dari orang luar.Walaupun ada masa kami ibarat rusa masuk kampong.Keblurrrlan dalam menyelesaikan masalah seorang diri.. mmm,satu lagi perkara yang paling aku x puas hati time kecil dulu adalah bila sorang je antara kami adik beradik yang buat salah sume akan terima balasan.Bagi aku it’s not fair!!(tapi benda ni time childhood je la aku rase). ..dan banyak sangat lagi perkara yang aku tak faham dengan didikan umi dan abah satu ketika dulu….

Dan hari ini,setelah usiaku menjejak 21 tahun barulah aku mengerti apa yang cuba disampaikan umi dan abah.Umi abah sejujurnya aku sangat merindui kalian :’( .

Setelah hampir setahun aku menuntut ilmu di bumi metropolitan barulah aku menyedari tanpa didikan tegas dari kecil aku tidak yakin mampu  kuatkan kaki ku untuk terus  memijak bumi  yang penuh onak duri ini.Baru kini ku sedari kami tidak dibelai dengan belaian manja di watu kecik kami agar kami mampu untuk terus bangkit dan bangun sendiri setiap kali jatuh tersungkur dalam pengembaraan mencari erti hidup yang sebenar.Berdikari untuk terus meneroka pengalaman hidup walaupun tiada insan lain menemani.Dan baru kini ku sedari apa yang aku rasekan not fair telah ku temui keadilannya pada hari ini.Iaitu baru ku sedari kalian mendidiku agar tidak menunding jari pada siapa yang salah setiap kali berlaku kesilapan tetapi muhasabah diri dan bersama-sama memperbaiki kesalahan itu agar dengan renovate itu kita mampu melahirkan  ummah yang cemerlang.



Sebelum jariku menghabiskan langkah taipnya untuk tintaku kali ini,ketahuilah wahai anak-anak sesungguhnya orang tua kitalah orang paling berjasa dalam hidup kita.Dan tidak dinafikan lagi kejayaan kita pada hari ini adalah hasil dari doa dan ketabahan serta kecekalan hati mereka yang bergelar umi,abah,mak,ayah,mama,papa,mummy,daddy,bapa,ibu,walid dan mek.Semoga Allah merahmati insan yang bergelar ayah dan ibu di dunia dan akhirat.Insyaallah


~perindu syahidMu~








Ahad, 1 Mac 2015

GILAPLAH KEMBALI PERMATA MU

Bismilllahirahmanirahim…..
Istimewa buat sahabat hawa ku yang ku sayangi...di saat tangan mula menaip tinta ini tiada apa yang diharapkan melainkan agar apa yang tersurat ini dapat memberi sedikit manfaat untuk kite semua.
Disaat ini,tergerak hatiku untuk menulis dan mengimbau kembali kenangan pahit yang melanda kite pada tahun lalu.bagiku,tidak perlu untukku ku uploadkan kembali video kpop yang sungguh memilukan hati nurani setiap muslimah yang menontonnya…ya.,sungguh pilu saat melihat begitu murahnya maruah seorang muslimah pada hari ini…bertapa mudahnya dunia barat menghasut fikiran kita,hanya dengan suntikan vaksin k-pop kita hanyut dalam arus duniawi sehingga terlupa janji kita di ukhrawi….sungguh ku akui,bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi sebuah permata yang benar-benar berkilau di saat habuk dunia sedang rancak beterbangan dalam arus kemodenan ini.tapi sedari lah wahai wanita,tiada apa yang mustahil seandainya kite betul-betul berusaha.
Kepada sahabat-sahabatku,walaupun aku tidak mengenali kalian tapi maafkan aku..ku akui apa yang terjadi bukanlah 100% salahmu,tapi juga salahku.aku terlalu sibuk dengan urusanku sehingga aku mengabaikan kalian.aku lalai menjalankan tanggungjawab sebagai sahabat seislammu…untuk saat ini dan ketika ini tiada apa yang mampu aku lakukan melainkan hanya setangkai doa mampu ku kirimkan agar Allah mengampuni kalian dan memberi petunjuk taufiq serta hidayah agar kalian kembali kepada  fitrah asal kejadian kita…jadikan sifat malu yang telah tertanam semulajadi dalam diri kita sebagai perisai untuk kita terus memahalkan diri kita.ingan teman,selagi seorang adam itu belum betul-betul menjadi milikmu mahalkanlah dirimu…jadikanlah dirimu sebutir permata yang berkilau di dalam bekas emas yang mana hanya akan dimiliki oleh seorang pria yang soleh dan selayaknya untukmu.tidak perlu kalian khuatir seandainya tiada yang datang untuk membeli kerana bukankah Allah telah berjanji
Maka tidak perlulah lagi kalian khuatir tantang jodohmu.tetaplah bersabar dan mahalkan kembali maharmu.yakin lah janji Allah.jangan kita mudah tergoda dengan arus kemodenan yang telah dicipta hari ini.ingatlah seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah.aku bukanlah wanita solehah tapi aku cuba untuk menjadi solehah yang mungkin dan aku harap kalian juga begitu…sekalipun kita tidak solehah di pandangan manusia tapi biarlah kita solehah di mata Allah.sahabatku aku betul-betul berharap agar kita semua tidak akn tertipu dengan fitnah  kemodenan pada hari ni.ayuh sama-sama kita memahalkan kembali maruah kita sahabatku.gilaplah kembali permatamu agar ia berkilau kembali…ingatlah,Allah itu mahal penyayang.selagi ajal maut belum menjemput kita selagi itulah pintu taubat masih terbuka luas.akhir kalam dariku untuk kali ini,semoga Allah mengurniakan kita ar-rahman dan ar-rahim untuk kita bersahabat di syurgaNya dan bersama-sama memetik mawar syurga di tebing sungai yang jernih…amin…..


~perindu syahidMu~





Khamis, 15 Januari 2015

SALAM TAA'RUFAN

Alhamdulillah,Allah masih memberikan nikmat iman dan nikmat islam kepadaku di saat dunia semakin jahil dgn arus duniawi...Itulah nikmat yg paling berharga bagiku krn bukan mudah untuk terus berada di dalam nikmat itu.untuk pengenalan Aku hanyalah hamba biasa yg masih lagi terkapai - kapai dl mencari erti cinta Ilahi...masih lagi x sempurna dalam menetapkan 100% hati dan cinta ini hanya kepadaMu pencipta seluruh makhluk semesta alam ini,...Namun akan ku cuba untuk mencapai target mencintaiMu dan Rasulullah SAW 100% sebelum ajal menjemputku....semoga Allah mengurniakanku ilham untuk berada dalam bidang penulisan ini dan semoga ia bermanfaat untukku,saudara2ku,bangsa2ku dan apa yg paling penting untuk ad-dinku....